Friday, 28 September 2012

Alat Pengukur

Alat pengukur adalah alat yang digunakan untuk mengukur benda atau kejadian tersebut. Seluruh alat pengukur dapat terkena kesalahan peralatan yang bervariasi. Manusia telah
menggunakan banyak alat untuk melakukan pengukuran mereka. Sistem yang seragam bagi masa dan waktu, ukuran panjang, berat, isi padu cecair diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur sejak dahulu. Tetapi sistem tersebut telah mendatangkan banyak kesan yang buruk seperti mendapat unit ukuran yang berbeza. Oleh itu, Sistem metrik piawai antarabangsa diadakan untuk mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal.

berikut adalah contoh-contoh alat pengukur pada zaman dahulu dan pada masa kini:

1. masa dan waktu

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untu memanfaatkan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Jam matahari hanya boleh digunakan ketika ada matahari sahaja.Pada waktu malam tiada cahaya matahari dan disebabkan oleh itu, masa pada waktu malam tidak boleh dikira.Hal ini menyusahkan masyarakat pada masa dahulu untuk mengetahui masa pada waktu malam.

Jam tangan (Arloji) adalah penunjuk waktu yang dipakai di pergelangan tangan manusia. Jam tangan elektrik pertama kali diperkenalkan pada tahun 1957 di Lancaster, Pennsylvania, Amerika Syrikat oleh Hamilton Watch Company. Jam tangan dapat memberitahu masa yang tetap kepada kita walaupun dalam hari hujan atau pada waktu malam.

2. panjang

Beribu tahun yang lalu, manusia menggunakan anggota badan mereka seperti tangan, kaki atau jari untuk menyatakan mengenai ukuran panjang. Salah satu unit tertua pengukuran panjang digunakan dalam dunia kuno adalah 'hasta' yang panjang lengan dari ujung jari ke siku. Hasta itu bisa sangat bervariasi kerana saiz orang yang berbeza.

Dalam Sistem Satuan Antarabangsa (SI), unit asas panjang adalah meter dan sekarang ditakrifkan dalam istilah kelajuan cahaya. Para sentimeter dan kilometer, berasal dari meter, juga unit umum digunakan. Dalam unit US adat, sistem Inggeris atau Imperial unit, biasanya digunakan unit panjang adalah inci, kaki, pekarangan, dan batu.

3. berat

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jengkal, depa dan batu untuk mengukur berat sesuatu barangan. Binatang dan barang dagangan digunakan sebagai ukuran berat. Sukatan bagi timbangan berat yang selalu digunakan dahulu seperti tahil, kati, cupak, gantang dan mayam (untuk emas). selain itu, mereka juga mencipta alatan untuk mengukur berat seperti dacing dan pikul.

Kini, kita dapat banyak alat yang bolah digunakan untuk menimbang, seperti penimbang elektronik, timbangan berat atau neraca sebagai alat penimbang. Satuan timbangan atau massa yang umum digunakan ialah gram, ons, kilogram dan ton.

4. isipadu cecair

Masyarakat zaman tradisional adalah mengikut nama-nama bekas standard. Antaranya mereka menggunakan tong, hogsheads atau bekas lain unit wain yang berbeza.

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.

No comments:

Post a Comment